Pricing Table Particle

Quickly drive clicks-and-mortar catalysts for change
  • Basic
  • Standard Compliant Channels
  • $50
  • Completely synergize resource taxing relationships via premier market
  • 1 GB of space
  • Support at $25/hour
  • Sign Up
  • Premium
  • Standard Compliant Channels
  • $100
  • Completely synergize resource taxing relationships via premier market
  • 10 GB of space
  • Support at $15/hour
  • Sign Up
  • Platinum
  • Standard Compliant Channels
  • $250
  • Completely synergize resource taxing relationships via premier market
  • 30 GB of space
  • Support at $5/hour
  • Sign Up

 

Apakah bidang yang ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR)?

Bidang pengajian tumpuan :
• Perakaunan
• Perbankan
• Pengurusan Perniagaan
• Sumber Manusia
• Ekonomi
• Komunikasi Media
• Undang – Undang
• Sains Aktuari
Akan tetapi YBR tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen)

Bilakah permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ke Luar Negara dibuka?

1 September 2016 hingga 30 September 2016

Berapakah jumlah tajaan yang diberikan bagi peringkat Luar Negara?

Tajaan akan diberikan merangkumi yuran pengajian dan kos sara diri.

Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ?

Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan:-

i) Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat Pembiayaan PPBU dan tidak melebihi  30 tahun semasa tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Professional). Manakala bagi pemohon peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) pula, pemohon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.

ii) Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam SEPENUH MASA. Pemohon yang berstatus pelajar SEPARUH MASA tidak layak memohon.

Adakah Yayasan Bank Rakyat menawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara?

- Ada. Tawaran melanjutkan pelajaran ke Luar Negara adalah melibatkan kursus yang berkaitan perbankan sahaja.

 

 

Apakah syarat / kelayakan akademik yang diperlukan untuk memohon?

Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

- Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas atau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.75 ke atas atau kelulusan yang setara dengannya.

Peringkat Ijazah Sarjana

- Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas.

Peringkat Ijazah Sarjana Muda

- Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil  Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan yang setara dengan STPM.

Peringkat Diploma

 - Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A dan 4B (tiada gred C dan ke atas).

Peringkat Diploma Kemahiran

- Sekurang-kurangnya berkelulusan sedang/telah mengikuti kursus tahap 2 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Lulus SPM bagi pemohon Sijil Kemahiran yang lain.

Peringkat Sijil Kemahiran

 - Perlu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dua (2) kredit di dalam mana-mana mata pelajaran yang lain.

Apakah peringkat pengajian yang boleh mendapat Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa?

Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana (Master), Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA) DAN Diploma Kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) atau Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)/MQA/badan Kerajaan yang berkenaan.

Berapa tahunkah tempoh tajaan YBR?

Tempoh Pengajian yang ditaja YBR adalah seperti berikut:-

Ijazah Kedoktoran ; Tempoh maksimum tajaan adalah 3 tahun dan 1 tahun tempoh lanjutan. YBR hanya menaja sehingga maksimum 3 tahun tempoh pengajian manakala 1 tahun tempoh lanjutan adalah tidak ditaja.

Ijazah Sarjana ; Maksimum tempoh tajaan adalah 2 tahun.

Ijazah Sarjana Muda ; Maksimum tempoh tajaan adalah 4 tahun.

Diploma ; Maksimum tempoh tajaan adalah 3 tahun.

Diploma Kemahiran ; Maksimum tempoh tajaan adalah 2 tahun.

Sijil Kemahiran ; Pembiayaan adalah tertakluk kepada tempoh tahap yang ditawarkan oleh institusi pengajian pelajar.

* Bagi pengajian yang melebihi daripada maksimum tempoh tajaan YBR, perbelanjaan adalah di bawah TANGGUNGAN SENDIRI

* YBR akan mula menaja pelajar dengan mengikut pada tahun semasa pelajar membuat permohonan.

Bagaimana caranya untuk memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa Yayasan Bank Rakyat?

Mulai tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat secara ‘on-line’ SAHAJA dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat di http://www.yayasanbankrakyat.com.my

Bolehkah pindaan dibuat ke atas maklumat Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa YBR yang telah dimasukkan secara on-line?

Tiada sebarang pindaan boleh dilakukan sebaik sahaja permohonan dihantar. Setiap permohonan perlu diisi dengan maklumat yang betul dan tepat. Permohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat.

Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa saya berjaya atau tidak berjaya?

Semakan boleh dibuat melalui laman web YBR, emel pemohon dan melalui SMS yang akan dihantar oleh pihak YBR.

Berapakah jumlah tajaan yang diberi?

Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa adalah bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:

a. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun

b. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun

c. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (UITM hanya RM6,500)

d. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (UITM & Politeknik hanya RM5,000)

e. Diploma Kemahiran: sehingga RM30,000 (2 tahun).

f. Sijil Kemahiran: RM4,920 satu tahap (peruntukan merangkumi yuran dan saraan diri).

Bilakah permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa mula dibuka?

Permohonan PPBU bagi sesi 2016/2017 akan dibuka mengikut 2 peringkat.

Peringkat pertama dibuka pada 1 Mei 2016 sehingga 1 Julai 2016 adalah bagi permohonan peringkat Diploma, Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran.

Peringkat kedua dibuka pada 18 Julai 2016 sehingga 30 September 2016 adalah bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Bolehkan pelajar yang telah mendapat tajaan lain memohon?

Boleh tetapi hendaklah memilih sama ada meneruskan tajaan yang sedia ada atau tajaan YBR sekiranya ditawarkan.  Pelajar tidak dibenarkan mempunyai dua penaja dalam satu-satu masa.

Sekiranya saya tidak terpilih untuk disenarai pendek dalam pemilihan calon penerima Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa bolehkah saya membuat rayuan?

Rayuan tidak akan dipertimbangkan.Sila cuba lagi memohon pada tempoh Pembiayaan PPBU tahun berikutnya.

Bolehkah permohonan dibuat secara manual?

Tidak. Pembiayaan PPBU boleh dilakukan apabila tempoh tajaan sesuatu peringkat dibuka. Pemohon diingatkan untuk mendaftar Akaun Portal YBR terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan.

Adakah YBR menaja kursus di peringkat Foundation / Certified Accounting Technician (CAT) / Asasi / Matrikulasi / Tahmidi dan lain-lain yang setara dengannya?

Tidak. YBR hanya memberikan tajaan kepada pelajar peringkat Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Bilakah keputusan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa diumumkan?

Dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Bilakah pengeluaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa?

Pengeluaran akan dilakukan setelah semua proses dokumentasi lengkap dan selepas pelajar menghadiri program pra penerimaan PPBU (Program Induksi Pelajar).

Adakah pelajar tajaan dikehendaki bekerja dengan Bank Rakyat selepas tamat belajar?

Pelajar yang layak boleh ditawarkan berkhidmat dengan Bank Rakyat tertakluk kepada tawaran dan budi bicara YBR/Bank Rakyat

Siapakah yang layak menjadi penjamin?

Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 50 tahun sewaktu permohonan dibuat, bekerja, bergaji RM1,000  ke atas dan memiliki slip gaji.

Seseorang yang bekerja sendiri dan telah pencen adalah TIDAK LAYAK menjadi penjamin.

Apakah yang dimaksudkan dengan no. anggota dan bagaimana untuk memastikan sama ada saya anggota atau tidak?

No. anggota ialah no yang diberikan jika anda membeli saham Bank Rakyat. Semakan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Keanggotaan di talian 03-26129600

Apakah perbezaan di antara biasiswa dengan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa?

Biasiswa

Tidak perlu dibayar balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa

Perlu di bayar semula tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan

Adakah Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa dikenakan sebarang faedah?

Tidak. Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah adalah berkonsepkan “Qardhul Hassan” iaitu tajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan ketika pembayaran kembali pinjaman.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa?

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah bermaksud jumlah bayaran balik tajaan yang diterima boleh diubah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada budi bicara YBR.

Adakah perlu menghantar salinan permohonan yang telah didaftarkan di dalam sistem kepada YBR?

Ya. Anda dikehendaki untuk mencetak borang permohonan yang diisi secara on-line dan menghantarnya kepada pihak YBR beserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan semakan permohonan.

Adakah perlu menghantar borang maklumat penjamin?

Tidak. Borang maklumat penjamin akan diminta oleh pihak Yayasan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Bagaimana ingin menolak tawaran sekiranya YBR menawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa kepada pelajar?

Sila pulangkan borang Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa yang dipos kepada pelajar ke YBR beserta surat rasmi sebab-sebab penolakan PPBU tersebut.

Adakah pelajar perlu membuka akaun Bank Rakyat?

Ya. Pelajar perlu membuka akaun Simpanan Bank Rakyat semasa membuat Tajaan PPBU dengan minimum RM 100.00

Bilakah pemulangan borang Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa boleh dilakukan?

Borang perlu dikembalikan dalam masa 14 hari daripada tarikh penawaran PPBU / Biasiswa.\

Sekiranya saya adalah seorang pelajar tajaan YBR, apakah yang perlu saya lakukan setelah menamatkan pengajian?

Sebaik menamatkan pengajian, pelajar dikehendaki menghantar transkrip penuh akademik beserta dengan surat pengesahan tamat pengajian kepada pejabat YBR melalui kaedah emel ataupun pos.

Bagaimanakah caranya untuk melakukan pembayaran balik PPBU?

Pembayaran balik PPBU adalah melalui 2 kaedah iaitu samada melalui perbankan internet i-rakyat ataupun di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

Bolehkah seseorang pelajar tajaan itu membuat penangguhan pembayaran balik Tajaan

Penangguhan pembayaran balik hanya diterima sekiranya pelajar tersebut menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga atas sebab-sebab yang dipersetujui (tertakluk kepada budi bicara pihak YBR).