PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PPBU YBR - COVID 19

Dalam usaha meringankan beban penerima Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat yang terkesan susulan penularan wabak COVID-19, Yayasan Bank Rakyat mengambil inisiatif untuk membenarkan penangguhan bayaran balik PPBU dengan membuat permohonan penangguhan bayaran balik PPBU mengikut terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Berikut kami senaraikan antara soalan-soalan lazim serta jawapan daripada Yayasan Bank Rakyat bagi menangani isu penangguhan bayaran balik PPBU:

Penangguhan bayaran balik PPBU akibat penularan COVID-19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik PPBU dalam tempoh seperti yang diluluskan mengikut budibicaraYayasan Bank Rakyat.

Penerima PPBU yang membuat permohonan bagi penangguhan bayaran balik PPBU yang mendapat kelulusan Yayasan Bank Rakyat akan dibenarkan untuk membuat penangguhan bayaran balik PPBU mengikut terma dan syarat-syarat telah ditetapkan.

Situasi atau keadaan yang membolehkan penerima PPBU membuat permohonan penangguhan bayaran balik PPBU adalah seperti berikut sahaja:

  1. Bagi penerima PPBU yang disahkan positif COVID-19 dan/atau
  2. Bagi penerima PPBU yang diberikan cuti tanpa gaji ATAU menerima potongan gaji ATAU diberhentikan oleh majikan.

Penerima PPBU perlu membuat permohonan dengan mengemukakan nama serta nombor kad pengenalan dan mengempilkan surat serta dokumen dari pihak hospital dan/atau majikan bagi menyokong permohonan penangguhan bayaran balik PPBU COVID-19 mereka.

Semua permohonan perlu dihantar melalui emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Penangguhan bagi bayaran balik PPBU akan diberikan mengikut budibicara serta pertimbangan Yayasan Bank Rakyat melalui terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Penangguhan bayaran balik PPBU COVID-19 akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan dari Yayasan Bank Rakyat melalui email serta surat yang akan dihantar kepada penerima PPBU yang membuat permohonan penangguhan bayaran balik PPBU.

Penerima PPBU yang membuat penangguhan untuk bayaran balik PPBU akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik PPBU COVID-19.

Tempoh lanjutan bagi Takaful akan dimaklumkan setelah mendapat kelulusan Yayasan Bank Rakyat.

Sebarang keputusan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik PPBU akan diteliti oleh Yayasan Bank Rakyat dari semasa ke semasa.

Ya. Tempoh bayaran balik PPBU akan dilanjutkan melalui penjadualan semula bayaran balik PPBU yang akan dibuat secara automatik kepada semua penerima PPBU yang tidak mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik PPBU COVID-19 diluluskan oleh Yayasan Bank Rakyat.

Penerima PPBU yang telah mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik PPBU COVID-19 ini dikehendaki berunding dengan Yayasan Bank Rakyat bagi urusan penjadualan semula bayaran balik PPBU.

TIDAK. Yayasan Bank Rakyat TIDAK akan menyenarai hitamkan penerima PPBU yang membuat penangguhan pembayaran balik PPBU COVID-19 di CTOS.

Tidak. Penerima PPBU hanya akan menerima notis makluman melalui emel yang didaftarkan dengan Yayasan Bank Rakyat. Penerima PPBU yang ingin mengemaskini alamat emel, boleh berbuat demikian di https://www.yayasanbankrakyat.com.my

Boleh. Penerima PPBU boleh membuat bayaran balik PPBU melalui saluran pembayaran balik PPBU yang sedia ada.

Sepanjang tempoh PKP, Yayasan Bank Rakyat akan beroperasi pada kapasiti yang amat terhad. Ibu pejabat Yayasan Bank Rakyat DITUTUP kepada urusan dengan orang ramai. Talian am di 03 2612 9600 masih dibuka bagi membuat sebarang pertanyaan sepanjang tempoh PKP.

Pelanggan boleh berkomunikasi dengan Yayasan Bank Rakyat dalam tempoh PKP melalui kaedah berikut:-

  1. Menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan https://www.yayasanbankrakyat.com.my
  2. Mengemukakan pertanyaan di pautan https://www.yayasanbankrakyat.com.my serta semua platform media sosial Yayasan Bank Rakyat di Instagram, Twitter dan aplikasi MyYBR. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

Muat Turun Borang : YBR Moratorium Form

Last Update : 01/04/2020