Yayasan Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33 Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.
+603 2612 9600 | info@yayasanbankrakyat.com.my
YBR turut meluaskan inisiatif dengan menganjurkan program khusus kepada pembangunan kapasiti dan kerjaya kepada pelajar tajaan mahasiswa, belia, dan masyarakat melalui aktiviti, kursus dan latihan yang bermantaat.
Bermula pada tahun 2008, program pembangunan pelajar telah diperkenalkan untuk melahirkan sifat kepimpinan dan menajamkan bakat pelajar tajaan YBR secara menyeluruh melalui pelaksanaan program yang berintipatikan pembangunan kemahiran insaniah, jasmani dan rohani. Program Pembangunan Pelajar ini juga merupakan syarat utama yang wajib dihadiri oleh pelajar tajaan YBR yang baharu.
Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan inspirasi kepada pelajar tajaan YBR untuk terus mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Demi mewujudkan satu kelompok masyarakat belia yang lebih matang dan proaktif pelbagai program dan aktiviti dijalankan bersama pelajar tajaan dan juga komuniti untuk memupuk nilai kemasyarakatan dalam diri mereka sekali gus meningkatkan daya pemikiran yang lebih matang dan meningkatkan tahap pembangunan modal insan yang lebih tinggi.
Menuju masa depan negara dalam melahirkan rakyat yang berintelektual serta mempunyai nilai sahsiah yang tinggi, program-program kemahiran wajar dipertingkatkan demi membuka minda para belia bahawa intelektual dan sahsiah perlu bergerak seiring supaya sesuatu gerak kerja yang dijalankan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang proaktif dan kreatif.