PPBU ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang layak bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
PPBU menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar dalam spektrum yang luas berkenaan akademik dan praktikal, berpandukan pendapat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR. Pembiayaan ini dilaksanakan bagi menyokong pembangunan sosial dan ekonomi negara serta melahirkan modal insan berkualiti untuk masa hadapan.
Bagi peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda.
| CGPA | PERATUS BAYARAN BALIK (%) | INSENTIF (%) |
| 3.50-4.00 | 0 | 100 |
| 3.33-3.49 | 10 | 90 |
| 3.00-3.32 | 20 | 80 |
| 2.75-2.99 | 50 | 50 |
| 2.50-2.74 | 70 | 30 |
| <2.49 | 100 | 0 |
Maklumat lanjut :
▪️Layari https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/
▪️Hubungi talian 03-2612 0956 / 03-2612 6444 / 03-2202 4557 / 03-2615 3130
▪️e-mel: ppbu@yayasanbankrakyat.com.my
Yayasan Bank Rakyat
Tingkat 8, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33 Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.
Polisi privasi | © 2026 YAYASAN BANK RAKYAT