Yayasan Bank Rakyat

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ialah penajaan pendidikan yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang layak bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

PPBU menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar dalam spektrum yang luas berkenaan akademik dan praktikal, berpandukan pendapat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR. Penajaan ini dilaksanakan bagi menyokong pembangunan sosial dan ekonomi negara serta melahirkan modal insan berkualiti untuk masa hadapan.

SOALAN LAZIM

Permohonan akan dibuka dari 15 September 2025 (Isnin) sehingga 15 Oktober 2025 (Rabu).
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan  semasa menerima tawaran.
  3. Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  4. Telah disahkan mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Perguruan (IPG) di dalam negara semasa membuat permohonan.
  5. Terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar tahun akhir.
  6. Mod Pengajian secara SEPENUH MASA.
  7. Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Bahagian Pendidikan Swasta / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
  8. Menyediakan 2 (dua) orang penjamin ketika menerima tawaran PPBU YBR: Ibu atau bapa serta seorang lagi daripada kalangan warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke bawah semasa tempoh permohonan, bekerja dan berpendapatan minimum RM1,000.00 dan ke atas.
  9. Keutamaan pemilihan permohonan diberikan kepada Anggota / Anak Anggota (Pemegang Saham) Bank Rakyat.
  10. Semasa tawaran, pemohon tidak dibenarkan menerima pinjaman / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).

Diploma: Pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya 5A.

Ijazah Sarjana Muda: Sekurang-kurangnya Diploma dengan PNGK minimum 3.30 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.30 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.30 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan ke atas atau yang setaraf dengan STPM.

Hanya kursus tertentu yang berkaitan dengan Perbankan akan diberi keutamaan di bawah pengkhususan pengajian berikut: –

    1. Pengajian Islam
    2. Pengurusan dan Perniagaan
    3. Perakaunan
    4. Komunikasi dan Media
    5. Teknologi Maklumat
    6. Pendidikan
    7. Sains Sosial
Semua permohonan dan penyerahan dokumen sokongan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat https://application.yayasanbankrakyat.com.my
Tidak perlu. Semua permohonan dan penyerahan dokumen dilakukan secara dalam talian sahaja.
Tidak dibenarkan. Permohonan PPBU hanya boleh dipohon sepenuhnya secara atas talian. Pemohon dikehendaki mendaftar akaun pengguna di Portal Permohonan YBR (https://application.yayasanbankrakyat.com.my) sebelum membuat permohonan
Tidak perlu. Hanya pemohon yang berjaya ditawarkan PPBU sahaja wajib membuka akaun simpanan Bank Rakyat. Walaubagaimanapun, anda digalakkan membuka akaun simpanan Bank Rakyat.

Boleh. Sekiranya ditawarkan, anda perlu memilih samada untuk meneruskan tajaan sedia ada atau menerima Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) oleh YBR. Pelajar tidak dibenarkan menerima 2 tajaan dalam satu tempoh yang sama.

YBR juga akan berhubung dengan pihak Institusi Pengajian bagi memaklumkan senarai nama pelajar yang menerima PPBU serta sebarang maklumat terkini berkaitan pelajar.

Pemohon yang baru mendaftar hendaklah menyemak inbox atau spam box sebelum boleh mengakses portal permohonan.
Tidak diterima. Pemohon perlu melengkapkan bahagian permohonan, memuat naik dokumen sokongan dan menekan butang Hantar untuk mengesahkan permohonan. Status semakan akan menunjukkan rekod permohonan yang berjaya dihantar.
Tiada pindaan boleh dibuat setelah permohonan dihantar. Setiap permohonan perlu dilengkapkan dengan maklumat dan dokumen sokongan yang lengkap dan tepat. Permohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar.
Wajib, pemohon yang tidak menjawab USAT dalam tempoh yang ditetapkan dikira permohonannya tidak lengkap. Sebarang rayuan bagi pengulangan USAT adalah TIDAK DIBENARKAN.

USAT akan bermula pada 21 Oktober – 24 Oktober 2025. Peringatan bagi menjawab USAT akan diberikan menerusi e-mel dan hebahan media sosial rasmi Yayasan Bank Rakyat.

Media sosial rasmi:
Laman web rasmi: https://www.yayasanbankrakyat.com.my
Instagram (@officialybr)
X / Twitter (@officialybr)
TikTok (@officialybr)
Linkedin (Yayasan Bank Rakyat)
Facebook (Yayasan Bank Rakyat)

Anda boleh menyemak keputusan secara atas talian melalui portal YBR. Semakan boleh dilakukan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan. Pemohon juga akan dimaklumkan oleh YBR dari masa ke semasa melalui e-mel, portal permohonan dan SMS sama ada berjaya ataupun tidak berjaya.
Rayuan TIDAK DIBENARKAN namun pemohon boleh mengemukakan permohonan pada sesi akan datang (kecuali pelajar tahun akhir).
Pelajar perlu mengemukakan surat rasmi penolakan beserta dokumen sokongan menjelaskan sebab-sebab penolakan tawaran tersebut.

Tempoh pembiayaan PPBU adalah seperti yang berikut: –

  1. Ijazah Sarjana Muda : Maksimum 4 tahun (8 semester)
  2. Diploma : Maksimum 3 tahun (6 semester)

* Tempoh penajaan YBR adalah sepadan dengan tahun semasa permohonan dikemukakan.

  1. Jumlah tajaan bagi PPBU adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut: –
    • Diploma : RM11,000/ 1 tahun
    • Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000/ 1 tahun
  2. Pengeluaran wang adalah terus ke akaun simpanan Bank Rakyat pelajar tajaan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar membuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.
  3. Pengeluaran kepada pelajar tajaan adalah mengikut semester (2 semester = 1 tahun), selepas pelajar memuat naik keputusan peperiksaan di Portal Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat dan tertakluk kepada keputusan peperiksaan pelajar pada semester tersebut.
Tidak. YBR akan meminta borang maklumat penjamin daripada pemohon yang berjaya sahaja.
Pengeluaran pertama akan dilakukan selepas proses dokumentasi selesai dan lengkap yang dijangka mengambil masa sehingga 3 bulan dari tarikh akhir penghantaran dokumen. Pelajar juga dikehendaki untuk menghadiri Program Pembangunan Siswa apabila ditawarkan.

Tidak. Berpandukan konsep “Qardhul Hassan”, PPBU merupakan program tajaan yang tidak mempunyai sebarang syarat bayaran tambahan melebihi jumlah pinjaman.

 

PNGK

PERATUS BAYARAN BALIK (%)

INSENTIF (%)

3.50-4.00

0

100

3.33-3.49

10

90

3.00-3.32

20

80

2.75-2.99

50

50

2.50-2.74

70

30

<2.49

100

0

Selepas 1 bulan menamatkan pengajian, pelajar tajaan YBR hendaklah menghantar dokumen berikut kepada Encik Sufian (sufian@yayasanbankrakyat.com.my): –

  1. Transkrip penuh akademik
  2. Pengesahan tamat pengajian daripada Institusi Pengajian

Pengeluaran surat bagi bayaran balik atau penukaran PPBU kepada biasiswa akan dihantar ke alamat pelajar dan 2 orang penjamin yang didaftarkan.

Bayaran balik bermula 6 bulan dari tarikh tamat pengajian yang disahkan Institusi Pengajian.

Pelajar tajaan perlu melakukan bayaran balik dalam tempoh maksimum 5 tahun (60 bulan) berdasarkan surat bayaran balik.

Hanya pelajar yang layak dan dirasakan sesuai akan ditawarkan berkhidmat di Bank Rakyat. Namun hal ini tertakluk kepada tawaran dan kekosongan semasa.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan menerusi e-mel dan hubungi Jabatan Penajaan Pendidikan, Yayasan Bank Rakyat: –

E-mel: ppbu@yayasanbankrakyat.com.my

No.telefon: 03-2612 0956 / 03-2612 6444 / 03-2202 4557 / 03-2615 3130

Waktu operasi (kecuali Cuti Umum)
Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Waktu Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 tengah hari – 2.00 petang
Jumaat : 12.30 tengah hari – 2.30 petang

Muat turun soalan lazim disini : SOALAN LAZIM PPBU 2025

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

KINI DIBUKA

PORTAL PELAJAR TAJAAN YBR

PORTAL PELAJAR TAJAAN YBR

KLIK DI SINI