Yayasan Bank Rakyat (YBR) sentiasa komited membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik terutamanya dalam meningkatkan sosio-ekonomi melalui pendidikan serta membantu membangunkan modal insan.
PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.
YBR memfokuskan inisiatif mengadakan program-program pendidikan khusus kepada murid sekolah serta pelajar IPT dalam meningkatkan prestasi akademik dan pendedahan pendidikan secara holistik.
YBR mengambil inisiatif melaksanakan program-program khusus membabitkan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan masyarakat dan murid yang mensasarkan peningkatan kualiti kehidupan, keusahawanan, kemahiran, bantuan asas serta bencana.
YBR turut meluaskan inisiatif dengan menganjurkan program khusus kepada pembangunan kapasiti dan kerjaya kepada pelajar tajaan mahasiswa, belia, dan masyarakat melalui aktiviti, kursus dan latihan yang bermantaat.