Yayasan Bank Rakyat

Program Yayasan Bank Rakyat

MEMPERKAYA RAKYAT MALAYSIA MELANGKAUI EKONOMI SARA HIDUP

Yayasan Bank Rakyat (YBR) sentiasa komited membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik terutamanya dalam meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan serta membantu membangunkan modal insan. 

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ialah penajaan pendidikan yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang layak bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

YBR memfokuskan inisiatif mengadakan program-program pendidikan khusus kepada murid sekolah serta pelajar IPT dalam meningkatkan prestasi akademik dan pendedahan pendidikan secara holistik.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

YBR mengambil inisiatif melaksanakan program-program khusus membabitkan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan masyarakat dan murid yang mensasarkan peningkatan kualiti kehidupan, keusahawanan, kemahiran, bantuan asas serta bencana.

PEMBANGUNAN KERJAYA

YBR turut meluaskan inisiatif dengan menganjurkan program khusus kepada pembangunan kapasiti dan kerjaya kepada pelajar tajaan, mahasiswa, belia, dan masyarakat melalui aktiviti, kursus dan latihan yang bermanfaat.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

YBR memfokuskan inisiatif mengadakan program-program pendidikan khusus kepada murid sekolah serta pelajar IPT dalam meningkatkan prestasi akademik dan pendedahan pendidikan secara holistik.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

YBR mengambil inisiatif melaksanakan program-program khusus membabitkan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan masyarakat dan murid yang mensasarkan peningkatan kualiti kehidupan, keusahawanan, kemahiran, bantuan asas serta bencana.

PEMBANGUNAN KERJAYA

YBR turut meluaskan inisiatif dengan menganjurkan program khusus kepada pembangunan kapasiti dan kerjaya kepada pelajar tajaan, mahasiswa, belia, dan masyarakat melalui aktiviti, kursus dan latihan yang bermantaat.